Popular Posts

Wednesday, 15 June 2011

cara kafan jenazah part 2

  1. Mayat diletakkan di atas kain yang sudah diap di susun.
  2. Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga, tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke kaki.
  3. Tangan diqiamkan atau diluruskan.
  4. Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri).
  5. Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.
  6. Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala, dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
  1. Lelaki – 3 lapis.
  2. Perempuan – 5 lapis.
  3. Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :

“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

Jenazah Di Dalam Ihram Haji Atau Umrah

Hendaklah dikafankan dengan pakaian ihram selepas dimandikan tidak boleh diletakkan minyak wangi atau wangian kepadanya.
  1. Bagi mayat lelaki – hendaklah dibuka kepalanya.
  2. Bagi mayat perempuan – hendaklah dibuka mukanya.

cara kafan jenazah part 1

Keperluan Kafan
  1. Kain puteh - 24 ela.
  2. Kapas - 2/3 gulung.
  3. Air Mawar - 1 botol.
  4. Minyak atar - 1 botol.
  5. Cendana - 1 peket.
  6. Kapur barus - 1 peket.
  7. Gunting, jarum, talam besar, benang.
Cara menyediakan Kain Kafan
  1. Bagi mayat lelaki sunat 3 helai kain kafan yang dapat menutupi semuanya. Di riwayatkan oleh jamaah dari Aisyah berkata : “Nabi saw dikafankan dengan tiga helai kain puteh halus yang baru, tanpa kemeja dan serban”.
  2. Bagi mayat perempuan 5 lapis, 2 helai kain kafan panjang mayat, 1 helai kain, 1 helai baju dan telekong.
  3. Bagi mendapatkan ukuran, ukur panjang mayat dari kepala hingga kaki kemudian di lebihkan sepanjang lilitan lutut apabila dibengkokkan kaki, ini memadai panjang kain untuk mengikat di pangkal (hujung) kepala kaki.
  4. Disediakan 5 kali untuk mengikat jenazah, hujung kepala, bahagian dada, pinggang, lutut dan hujung kaki.
  5. Potong kapas secukupnya. Sewaktu memotong kain kafan sunat membaca doa.

Cara Mengatur Kain Kafan

  1. Bentangkan tikar atau apa sahaja.
  2. Bentang 2 kain pembalut yang siap dipotong dengan satu persatu.
  3. Bentang kain telekong(perempuan) , baju dan kain sarung.
  4. Letakkan kapas dan cawat dibahagian dubur dan qubulnya.
  5. Taburkan cendana, kapur barus dan minyak wangi setiap lapisan kain yang sudah dibentangkan di bawah sekali diaturkan 5 tali pengikat jenazah yang siap dipotong.